Friday, November 5, 2010

.

Kosong
Beku
Tepu

Malam
Kelam
Suram

Aku
Bilik
Murung
Berkurung

Titik

..azza..
..05nov10
bilikosongelapenuhitam..

Sunday, October 18, 2009

Kesalan..



Secebis KASIH membuat kita SAYANG..
Seucap JANJI membuat kita PERCAYA..
Seguris LUKA membuat kita KECEWA..
tetapi satu ungkapan MAAF..
membuat kita LEGA dan terasa DIHARGAI..



Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.
Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaatiMu....




bak nostalgia dulu-dulu memadu kasih..

..burung merpati terbang seribu, hinggap seekor di atas dahan, hendak mati di hujung kuku, hendak bertanam di tapak tangan..



Teman..
Bukan 1 tapi beribu,
Bukan sementara tapi selama nya,
Bukan untuk dimusuhi tapi disayangi,
Bukan untuk dilupai tapi diingati,
Bukan hanya disini tapi di mana-mana,
Bukan setakat ini tapi hingga ke hujung nyawa...


I pray to ALLAH grant U a MIND free from Worry..
a HEART free from SADNESS..
a SOUL free from SIN..
and a BODY free from SICKNESS..


Sabda Rasulullah SAW :

” Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah segala amalan nya kecuali 3 perkara : yaitu, Shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya, dan anak laki-laki yang sholeh yang akan selalau mendo’akanya.”



Sometimes, GOD breaks our spirit to save our soul.
Sometimes, HE breaks our heart to make us whole..
Sometimes, GOD sends us pain so we can be stronger..
Sometimes, HE sends us failure so we can be humble..
Sometimes, GOD sends us illness so that we takebetter care of ourselves..
Sometimes, HE takes everything away from us so we can learn the 'value' of everything HE gave us..


Allah memang MAHA ADIL kerana DIA jadikan TEMAN tanpa TANDA HARGA..
sebab jika DIA buat begitu, sy tak mampu utk memiliki teman yang tak ternilai macam AWAK..


u have became a part of my life, i feel so cmftble with u and the times we share are delightful
...and i know, no matter what, i can always count on u..

no sweet words to frwrd..
no cute graphics to send..
just a..
simple msg..
saying..
msulvu..


thanks 4 being such an inspiring presence in my life. thanks 4 believing in me and encourging me to achieve my dream. thanks 4 being there 4 me.


The Nur from Allah will srround u,
the Love from Allah enfolds u,
the Power of Allahprotects u,
the Presence of Allah watching over u..

my silence doesn't mean i forget u...
my disappearence doesn't mean i don't care about u,
bcoz sm1 like u will always be in my heart...

Thursday, April 16, 2009

mega senja..


azza...: 21 mac 2007..
Darul Iman..


serak mega senja
melarik garis suci putih
indah jauh setinggi awan
bebas terbang ceria berkicau

serak mega senja
saat sandar tak lagi kukuh
saat jejak tak lagi berbekas
tiba jua penghujung masa

serak mega senja
kian pudar beransur diri
merah bertukar kelam
hampiri Dia Yang Maha Esa


Wednesday, February 11, 2009

beku kaku tepu..

azza: julai 2006..



bulan malu
berselindung dalam kelamnya malam
pandangan jadi keliru
kalbu seakan berdebu
menggamit sendu yang kian bertamu

mengapa malam
yang jadi taruhan
andai bulan segan menyinari
mengapa kelam
dipersalahkan
andai bulan sirna nya pudar

satu persoalan diam kelu
tiada jawapan terkaku beku
tepu..

Tuesday, February 10, 2009

jejak bertapak..

azza: 05 ogos 2000..



jejak itu jejak bertapak
tersadung akar melintang kisah
mungkin tersungkur sedikit goyang
jika rebah tangan berpaut
jika tumbang alas berlapik
kerana kamu orang yang tinggi
kerana kamu orang yang atas
siapa dia untuk berkata
siapa dia untuk menilai
kerana tapak kamu berlapik baldu...

Sunday, February 8, 2009

Dari mama M…

dari mama M utk sy..(mac 2007)..
terima kasih utk sajak yg cukup bermakna ini...maaf sy tidak lagi wujud di forum itu..moga kita kan tertakdir di blog ini atau sedetikhati...






Ketahuilah Olehmu
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Alla­h swt tahu betapa keras engkau berusaha
Ketika­ kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah swt telah menghitung airmatamu
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu serasa berlalu begitu sahaja ...
Allah swt selalu berada disampingmu
Ket­ika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi...
Allah swt punya jawapannya..
Ke­tika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Alla­h swt dapat menenangkanmu
J­ika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Alla­h swt sedang berbisik kepadamu
Ketika­ segala sesuatu berjalan lancar dan kau ingin mengucap syukur...
Allah­ swt telah memberkatimu
Ke­tika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Al­lah swt telah tersenyum padamu
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
All­ah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...
Ingat­ bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap
ALLAH­ SWT TAHU....

seiring melangkah..

azza: 22 feb 2001..

tangan dihayun..
kaki mengatur..
jalan dihenyak
sepasang kaki kecil
berbekas tiada
sekadar jejak dalam minda
berganding tangan lagi
mengatur kaki lagi
jalan berubah wajah
kaki semakin melebar
jejak dulu tidak lagi bertapak
kerana kita dah semakin dewasa..