Wednesday, February 11, 2009

beku kaku tepu..

azza: julai 2006..



bulan malu
berselindung dalam kelamnya malam
pandangan jadi keliru
kalbu seakan berdebu
menggamit sendu yang kian bertamu

mengapa malam
yang jadi taruhan
andai bulan segan menyinari
mengapa kelam
dipersalahkan
andai bulan sirna nya pudar

satu persoalan diam kelu
tiada jawapan terkaku beku
tepu..

Tuesday, February 10, 2009

jejak bertapak..

azza: 05 ogos 2000..



jejak itu jejak bertapak
tersadung akar melintang kisah
mungkin tersungkur sedikit goyang
jika rebah tangan berpaut
jika tumbang alas berlapik
kerana kamu orang yang tinggi
kerana kamu orang yang atas
siapa dia untuk berkata
siapa dia untuk menilai
kerana tapak kamu berlapik baldu...

Sunday, February 8, 2009

Dari mama M…

dari mama M utk sy..(mac 2007)..
terima kasih utk sajak yg cukup bermakna ini...maaf sy tidak lagi wujud di forum itu..moga kita kan tertakdir di blog ini atau sedetikhati...






Ketahuilah Olehmu
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Alla­h swt tahu betapa keras engkau berusaha
Ketika­ kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah swt telah menghitung airmatamu
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu serasa berlalu begitu sahaja ...
Allah swt selalu berada disampingmu
Ket­ika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi...
Allah swt punya jawapannya..
Ke­tika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Alla­h swt dapat menenangkanmu
J­ika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Alla­h swt sedang berbisik kepadamu
Ketika­ segala sesuatu berjalan lancar dan kau ingin mengucap syukur...
Allah­ swt telah memberkatimu
Ke­tika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Al­lah swt telah tersenyum padamu
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
All­ah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu...
Ingat­ bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap
ALLAH­ SWT TAHU....

seiring melangkah..

azza: 22 feb 2001..

tangan dihayun..
kaki mengatur..
jalan dihenyak
sepasang kaki kecil
berbekas tiada
sekadar jejak dalam minda
berganding tangan lagi
mengatur kaki lagi
jalan berubah wajah
kaki semakin melebar
jejak dulu tidak lagi bertapak
kerana kita dah semakin dewasa..

mencari mu..

azza: 16 june 1996..

mencari mu..

hilang dalam sedar..

kelam dalam siang..

pudar dalam terang..

silau di mata hati..

keliru di benak waras..

mungkin sekadar lintasan

atau bayangan sekilas cuma

namun yang pasti kini..

semua hanya mainan mimpi..